Proton Perdana Hitam Nombor Plat Proton 2020 Membawa Tun DR Mahathir Ke Istana Negara.Maksud Disebalik No Plate Itu Buat Ramai Terkejut

Perdana Menteri Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Ali tiba di Istana Negara di Kuala Lumpur dengan menaiki sebuah kereta limusin Proton Perdana berwarna hitam metalik dengan nombor plat – Proton 2020 – petang tadi.

Pengerusi Pakatan Harapan itu dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada jam 5 petang.Plat nombor itu melambangkan visi Mahathir untuk menjadikan Malaysia menjadi sebuah negara maju menjelang 2020 dan ianya juga adalah kenderaan rasmi Tun M.

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memperkenalkan Pelan Transformasi Negara 2050 (TN50) selepas Mahathir lantang membidasnya.

Pada pertemuan hari ini, Mahathir diiringi oleh beberapa pemimpin HARAPAN, termasuk Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu.

Portal Berita Harian, petang tadi mengesahkan Istana Negara penerimaan dua dokumen untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi mengadakan istiadat mengangkat sumpah jawatan perdana menteri.

Dokumen pertama diterima pada jam 1.38 petang tadi oleh Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong, Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan, adalah warkah makluman ditandatangani ketua daripada beberapa parti politik untuk mencalonkan Dr Mahathir sebagai perdana menteri ketujuh.

Nik Mohd Shafriman kemudian dimaklumkan menerima keputusan penuh PRU14, mencakupi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri daripada Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, pada jam 2.45 petang.

Penerimaan dua dokumen berkenaan kini menanti perkenan Sultan Muhammad V bagi mengadakan istiadat mengangkat sumpah jawatan perdana menteri dalam tempoh terdekat.

Detik Ketibaan Tun M Di Istana

Sumber : Oh Gebang Via Mamakusyg

SEHARI SEBELUM PRU14, BAPA ALTANTUYA HUBUNGI MAHATHIR.

Kurang daripada 24 jam sebelum rakyat Malaysia mengundi esok, ayah kepada rakyat Mongolia Altantuya Shaariibuu menghubungi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan membawa pesanan untuk rakyat Malaysia.

Dalam pesanan ringkas untuk Pengerusi Pakatan Harapan, Dr Setev Shaariibuu berharap rakyat Malaysia akan mampu memperoleh kebebasan dan keadilan dalam pilihan raya umum (PRU) esok.

“Rakyat Malaysia, tolong ingat Altantuya dalam pilihan raya ini,” kata Setev.

“Jika rakyat Malaysia buat pilihan salah, anda semua mungkin akan kalah, seperti pembunuhan (Altantuya) ini, “tambahnya.

Setev turut mengepilkan gambarnya memegang bendera Malaysia, selain menandatangani pesanan tiga ayat itu.

“Dia (Altantuya) dibunuh 12 tahun lalu tapi belum ada penyelesaian dalam kesnya. Berapa lama kami harus tunggu.

“6 Mei merupakan hari kelahirannya. Dia kini berumur 40 sekiranya masih hidup hari ini.

“Memandangkan hari kelahirannya sama dengan tempoh kempen pilihan raya di Malaysia, saya ingin berpesan kepada semua rakyat Malaysia yang prihatin – tolong jangan lupa Altantuya, undi dengan bijak,” katanya.

Pada 2 Mei laly, kerajaan memfailkan usul untuk meninggalkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan untuk mengembalikan semula kerajaan sebagai defendan dalam saman yang difailkan Setev dan keluarga mendiang Altantuya yang dibunuh pada 19 Oktober 2006.

Menurut peguam keluarga Altantuya, Sangeet Kaur Deo, keluarga itu perlu memfailkan afidavit untuk menjawab usul berkenaan sebelum 6 Jun.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Ogos tahun lalu membenarkan kerajaan membatalkan permohonan oleh keluarga Altantuya, dengan alasan “tiada sebab munasabah untuk tindakan”.

Bagaimanapun, tiga anggota mahkamah rayuan yang diketuai Hakim Mohd Zawawi Mohd Salleh sebulat suara menolak keputusan Mahkamah Tinggi dan membenarkan rayuan keluarga berkenaan.

Mereka memutuskan terdapat isu untuk perbicaraan dan kerajaan disebutkan semula sebagai defendam dalam saman RM100 juta itu.

Setev dan dua anak Altantuya, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga memfailkan saman sivil berkenaan pada 2007.

sumber: poksang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *