Ekskulusif,Perdana Menteri Tun Mahathir Memberitahu Sesuatu Yang Penting Tentang Anwar Ibrahim

Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan 10 kementerian yang akan membentuk kabinet awal kerajaan Pakatan Harapan (PH).Perdana Menteri juga memaklumkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri.

Pada sidang media di Yayasan Al-Bukhary di ibu negara selepas mesyuarat Majls Presiden PH, semua 10 kementerian terlibat adalah seperti berikut:

1. Kementerian Kewangan 2. Kementerian Dalam Negeri 3. Kementerian Pertahanan 4. Kementerian Pendidikan 5. Kementerian Pembangunan Luar Bandar6. Kementerian Ekonomi 7. Kementerian Kerja Raya 8. Kementerian Pengangkutan9. Kementerian Multimedia, Sains dan Teknologi 10. Kementerian Luar Negara

Anwar bebas awal, Agong berkenan ampun serta merta Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Yang di-Pertuan Agong telah berkenan memberi pengampunan serta merta kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu disampaikan kepada Dr Mahathir ketika pertemuan dengan baginda pada istiadat angkat sumpah selaku perdana menteri yang berlangsung di Istana Negara pada Khamis.

“Agong menyampaikan titah berkenaan untuk memberi pengampunan serta merta kepada Anwar. Jadi kami akan melaksanakan proses sewajarnya untuk mendapatkan pengampunan buat Anwar.

“Ia akan menjadi pengampunan penuh yang bermakna Anwar akan dibebaskan serta merta,” katanya pada sidang media di Yayasan Al-Bukhary selepas mesyuarat Majlis Presiden sebentar tadi.

Jelas Dr Mahathir, sebaik sahaja dibebaskan Anwar akan kembali sepenuhnya dalam politik.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Sungai Buloh, Selangor selepas disabitkan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar menafikan kesalahan itu dan mendakwa beliau menjadi mangsa konspirasi politik.

Beliau sepatutnya bebas 8 Jun ini.

SUMBER : MSTAR ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *