Adam Corie Adalah Mualaf,Tapi Tetap Sound Orang Sekarang Bertudung Tapi Macam Tak Bertudung,Memang Pedas

Sekarang ini memang sudah menjadi satu trend kepada wanita berhijab diluar sana untuk tampil bergaya dengan apa cara sekalipun. Tampil dengan imej yang berani dan modern, mereka kini lebih berkeyakinan tinggi untuk menggayakan pelbagai jenis fesyen yang baru.

Namun, dek kerana arus permodenan yang semakin berkembang, mereka semakin lalai untuk berhijab dengan mengikut syariat Islam, yakni melabuhkan tudung dan menutup bahagian dada dan memakai pakain yang longgar.

Terbaru, pelakon Adam Corrie telah memuat naik status di akaun Instagramnya dengan memberi sedikit pesanan yang ringkas kepada mereka yang gemar ‘membalut’ tengkuk dan memakai tudung yang singkat.

Menerusi caption Adam, beliau hanya memberi sedikit pesanan dan tidak berniat mahu membuka aib mana-mana pihak. Beliau juga turut mengemukakan beberapa hadis Rasulullah S.A.W sebagai memberi peringatan kepada golongan tersebut. Pelakon yang sering memegang watak antagonis itu juga menyifatkan bahawa lelaki diluar sana perlu menundukkan pandangan mereka daripada melihat wanita yang berpakaian menjolok mata kerana ia merupakan satu ujian bagi kaum lelaki.

Tambahnya, sekiranya mahu menegur, tegurlah dengan cara yang baik dan bukannya menghina.Tidak dinafikan bahawa mereka tampak manis apabila mengenakan hijab tetapi tidak menepati syarak dalam Islam.

Jika kain tudung jarang, pakailah baju lengan panjang (turtle neck) yang menutupi leher.
Pakaian yang menampakkan apa yang sepatutnya disembunyikan mencuri pandangan lelaki dan seterusnya menimbulkan nafsu mereka. Oleh itu, janganlah kita jadi punca kepada kelemahan iman kaum lelaki.

Pastikan anda memakai anak tudung untuk mengelakkan anak rambut kelihatan. Ia juga memberikan gaya yang lebih kemas, rapi dan memudahkan pemakaian tudung. Iyer ndak?
Jangan bergaya dengan tudung yang bercorak melampau dan tidak sesuai untuk sesetengah majlis. Pilih tudung yang sesuai untuk ke majlis yang berbeza. Begitu juga dengan gaya tudung.

Boleh bergaya dengan ikatan yang menarik tetapi harus diingat, mestilah tetap menutup rambut, sanggul, leher dan dada. Bertudung bukan untuk kelihatan cantik dan elegan tetapi untuk memenuhi tuntutan agama iaitu tutup aurat. Itu yang utama.
Tudung dan keronsang memang sudah tidak boleh dipisahkan kecuali kalau anda memakai tudung yang sudah siap dijahit. Bagi yang berkerongsang, pilih keronsang yang sesuai.

Kerongsang yang sesuai adalah keronsang kecil dan simple. Tidak bermakna warna kerongsang mesti sama dengan warna tudung. Tak sesuai tudung merah dengan kerongsang merah dan tak sesuai tudung hitam dengan keronsang hitam.
Ingatan untuk wanita yang berbadan besar, tidak digalakkan memakai kerongsang besar. Sesuai dengan kerongsang kecil tapi kalau nak juga pakai yang bersaiz besar, pilih kerongsang yang bentuk memanjang ye.

Kalau baju kosong, sesuai pakai tudung bercorak. Kalau baju bercorak atau berbunga, sesuai pakai tudung kosong.
Warna tudung yang terang adalah tidak sesuai walaupun ia boleh menarik perhatian.

Tapi bukankah kita wanita Islam tidak boleh menarik perhatian terutamanya perhatian lelaki. Pilihlah warna pastel atau warna lembut.
Baju dan tudung tidak boleh sedondon. Pakailah yang kontra.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *