Tak Sangka Banyak Lagi Kopi Yang Beracun Di Kedai,Ini Rasmi Senarai 40 Kopi Racun Yang Sangat Bahaya

Kementerian Kesihatan Malaysia mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor.

Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini. Kebanyakan produk haram dijual secara terbuka oleh peniaga warga asing.

Minuman yang sudah dicampur racun dan bahan kimia dapat dikesan dari segi harga jualannya yang tinggi, iaitu RM5 sepaket berbanding produk asli yang hanya dijual pada harga sekitar RM1 hingga RM1.50 sepaket. Selain itu, paketnya ada imej erotik seperti gambar wanita seksi seolah-olah mempromosi kekuatan seksual atau kaedah melangsingkan badan dengan cara mudah dan pantas.

Berikut adalah senarai kopi beracun. Ianya sudah diuji oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan dan dikenalpasti dicampur dengan bahan terlarang :-

Cafe Abang Yes,Candi Gold,Candy 193,Extend Up Energy Drink,Extremen,
Extrewomen,Goji Guarana,Goji Guarana Extra,Goji More,Goji Yumberry,Guara Cafe,HBW Ice Lemon Tea,
Hotton Vitality Candy,Ie2 O,King Cappucino,Knight Cofee.Kolek Cafe Power Plus,Kopi Angguk,Kopi Asmara,Kopi Bagus AAA,Kopi Campuran KedaiKopi Ali Bagus,Kopi Pahlawan,Kopi Super Angguk,Kopi Tenaga Tok Lebai Plus,Maca Max,Macagin Ginseng Candy,Mentalk Candy,Nexus MXP,Night Cafe,Red Energizer Candy For Men,RoyalBeverage Maqrifatun,sasanergy Drink,Trica Jus,Tri-Max,True SR,vigor Candy,Vitca-F,Vitca-M,Winnie Beauty V1,XKL Sky Fruit Juice Premix.

Dengan adanya senarai ini, para penggemar kopi bolehlah menjadikannya sebagai rujukan. Ianya juga bagi mengelakkan kita dari terus menikmati air kopi mengandungi racun yang berbahaya

Stop! Ini Sebab Utama Bahaya Minum Kopi 3-in-1 Yang Anda Tak Tahu Manis, mudah dan cepat itulah alasan yang biasa kita dengar apabila ditanya tentang memilih minuman segera atau lebih dikenali sebagai kopi 3-in-1.

Sejujurnya penulis juga ketagih dengan minuman segera ini, pasti tiap pagi penulis akan bancuh dan menggelarkan ia sebagai work boost. Kononnya ia membantu untuk penulis lebih tekun dan fokus bekerja lebih-lebih pada pagi Isnin. Tapi semua itu hanya konsep minda tanpa sedar ia sebenarnya memberi lebih banyak keburukan pada kesihatan fizikal.

Mungkin buat kali pertama untuk berhenti minum minuman 3-in-1 agak sukar kerana ia sudah menjadi tabiat tapi setelah anda tahu bahana yang bakal mendapat, pasti selepas ini anda ketepikan 3-in-1.
1 Tenaga palsu
Kandungan gula dalam setiap bungkusan minuman ialah 4.4 sudu teh gula atau kira-kira 80 kilo kalori! Jadi ramai yang menganggap minuman ini beri lebih tenaga padahal ianya kesan placebo yang sementara. Untuk mendapatkan tenaga yang sebenar ialah dari sumber makanan bukan minuman 3-in-1 yang penuh dengan gula semata-mata.
2 Menghisap darah
Sebarang kebaikan zat-zat besi tidak akan dapat diserap oleh badan. Minuman ini menyah segala bentuk zat besi yang diperlukan oleh badan. Tubuh yang kurang zat besi boleh membawa kepada masalah anemia atau kekurangan sel darah merah.

Foto – nick koudis
3 Perosak organ penting
Bahan oxalates penyebab utama si tegar 3-in-1 kerap ke tandas. Buah pinggang anda pun tidak dapat bertahan dengan pelbagai kandungan ‘perosak’ dalam minuman tersebut. Jaga-jaga ia juga boleh penyebab masalah batu karang.

Foto – hellosehat.com
4 Penghidup kanser
Kebanyakan makanan, minuman segera atau dalam tin akan mengandugi bahan kimia acrylamide. Menurut dari kajian kesihatan negara Belanda, toksik acrylamide dalam darah perlahan-lahan meningkatkan risiko kanser ovari dan kanser rahim. Acrylamide toksik yang sama ada dalam rokok!

5 Jangan tertipu
Kebaikan kopi dalam setiap hirupan? Lupakan sahaja kerana kadar kopi dalam setiap bungkusan sangat sedikit dan tidak berkualiti. Kandungan minyak sayur hidrogenisasi faktor utama pengumpulan asid lemak tepu yang membahayakan kesihatan terus kepada obesiti. Begitu juga dengan bahan makanan polifosfat merosakkan tulang dengan kadar asid yang tinggi.

Mari sama-sama 2018 ini, kita cut off gula, minuman dan makanan segera!

Kredit: wanista.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *