Memang Da Lama Sangat Aku Bersabar Dengan Maduku,Macam Aku Pula Perampas Laki Dia

Mengapa bila soal poligami dibangkitkan, lelaki akan cuba menerangkan hikmah poligami daripada sudut membantu janda dan anak yatim?

Jarang ditekankan soal bahayanya poligami yang mampu memperjudikan nasib dan masa depan diri, isteri dan anak jika sang suami tidak mampu berlaku adil baik dalam pengurusan ekonomi dan emosi di dunia ini, mahupun soal menanggung dosa di akhirat sana.

Namun yang sedemikian, nukilan ini bukan lah untuk menyebelahi atau memihak kepada mana-mana individu tertentu terutamanya kaum wanita. Tetapi sekadar untuk berkongsi pengalaman insan yang mempunyai pengalaman dalam berpoligami.

Tidak dinafikan ada juga mereka-mereka yang hidup bahagia, tetapi terdapat juga segilintir dari mereka-mereka itu yang merasakan pahitnya bermadu. Hayati kisah selanjutnya hasil perkongsian insan yang kurang bernasib baik dalam bermadu.

Tolong rahsiakan fb saya. TQAssalamualaikum. Saya just nak luahkan perasaan saya pada kengkawan group ni.

Selama ni dah lebih 2 tahun saya sabar dgn perangai madu saya. Tapi perbuatan dia macam saya pulak yang ambik laki dia. Sepanjang dia nikah dgn laki saya sampai skrg tak ada nafkah untuk saya dan anak-anak.

Giliran pun kelaut. Masa suami saya pun banyak kat dia. Kalau suami saya lambat sikit balik rumah dia, dia dah tegak depan rumah, tarik laki suruh balik. Dulu saya geram jugak. Tapi sekarang ni dah malas nak layan betina gila tu. Lantak lah dia.

Sejak suami berbini kan opah ni ( janda anak 5 cucu 2), nanti kalau letak ayat lain ada sentap makcik dan pak cik bawang, suami saya di larang pegang fone. Walau pun fone suami saya fone bodoh tapi fone dia canggih. Suami just guna fone waktu pejabat je. Padan muka dulu kasi fone canggih sibuk layan betina fb. Sekarang dah dapat, jadi bodoh. Opah main fb dan instagram kau pandang je.

Opah tu sibuk skodeng akak nya fb n instagram. Bila nampak gambar akak laki bini, dia meroyan. Sebab tulah kenapa laki akak tak pakai fone canggih. Hari-hari cek fone laki. Dulu masa dengan akak bukan main berkunci bagai fone. Tapi bila kena dengan opah, tak berkunci kononnya setia. Padan muka…..!!!

Pada isteri-isteri yang senasib dengan akak harap banyak bersabar. Akak dah cuba mintak cerai tapi tak lulus, mahkamah tak izinkan dan suami akak tak nak ceraikan akak.

Untuk bab nafkah akak dah buat kat bsk (bhgian sokongan keluarga) dan masih dalam proses.

Sumber: kisahrumahtangga

Pada makhluk perosak rumah tangga orang, happy sangat ke dapat runtuh kan masjid orang? Seronok sangat ke tayang bahagia awak kat orang lain?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *