Sukar Diungkapkan Pelamin Seperti Gaya Tak Ubah Seperti Lorong “Tikus”,Tapi Inilah Hakikatnya..Memang Agak Rare..

Sudah menjadi kebiasaan majlis persandingan akan diadakan di kediaman pengantin, dewan atau hotel. Namun, lain pula bagi pasangan pengantin dari Kulai, Johor ini apabila mereka memilih untuk bersanding di celah bangunan di lorong gelap.

Dek kerana keunikan majlis yang dilakukan oleh Mohd Hafiszi Ngadmin, 33 tahun dan pasangannya, Nornadiya Arjudin, 30 tahun telah menarik perhatian ramai.

Bersebelahan kafe adik.
Menurut Hafiszi, beliau mempunyai alasan tersendiri memilih lokasi berkenaan untuk melangsungkan hari bersejarahnya kerana sebelum ini beliau sudah menyewa sebuah villa, tetapi pemilik villa tersebut tidak membenarkan mereka melangsungkan perkahwinan disitu.

Tambah beliau, isterinya tinggal di pangsapuri dan agak sukar untuk mengadakan majlis yang melibatkan ramai tetamu. Oleh itu, mereka telah memilih lokasi berkenaan kerana mendapat ilham yang juga bersebelahan dengan kafe adiknya.

Berkonsepkan santai.
Hafiszi merupakan pengusaha bengkel kereta sah menjadi suami kepada Nornadiya dengan sekali lafaz sahaja. Selepas akad nikah, majlis diteruskan dengan upacara bersanding, makan malam dan sesi beramah mesra dengan tetamu.

Majlis yang dirancang dalam tempoh sebulan itu melibatkan kos sekitar RM10,000 sahaja dengan menyewa kanopi, pelamin, katering dan karpet untuk tetamu makan bersila.

Majlis yang berlangsung pada Sabtu lalu bermula jam 8 malam dan dihadiri hampir 300 tetamu yang berkonsepkan santai dan mudah bagi pengantin untuk beramah mesra dengan tetamu.

Empat tahun perkenalan.
Hafiszi sudah empat tahun berkenalan dengan isterinya dan akhirnya memilih untuk mengahwininya.

Sumber:Hafiszi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *