‘Sedap’ juga jadi JANDA, Intan dilamar lagi..

[VIDEO] Rezeki Selepas Bergelar Janda, Intan Liana Dilamar Lagi!

Itulah orang tua-tua berkata, Tuah Ayam Nampak di Kaki, Tuah Manusia Siapa Yang Tahu. Selepas dipilih oleh Datuk Seri Aliff Syukri sebagai model tudung keluarannya, AliffbySha kini Intan Liana dilamar lagi.

 

Hikmah Bakal ‘Hilang’ Suami, Intan Liana Dapat Tawaran Model Muslimah

 

'Sedap' juga jadi JANDA, Intan dilamar lagi..

Intan akui menerima banyak tawaran menjadi model muslimah. Foto Instagram: @_iiiintvnroxsS.

HIKMAH di sebalik rasa simpati orang ramai terhadap masalah rumah tangga antara pemuzik bebas, Ude Wahid dan isteri pertamanya, Intan Liana telah membuka peluang pekerjaan kepada wanita itu.

Intan atau nama sebenarnya Intan Liana Saleh, 33, berkata dia ada menerima beberapa tawaran menjadi model muslimah sejak berita perceraiannya hangat diperkatakan.

“Alhamdulillah, rezeki saya menerima beberapa tawaran menjadi model muslimah selepas apa yang berlaku.

“Saya tak sangka berita itu mendapat liputan yang luas. Apa-apa pun, saya nak mengucapkan terima kasih pada pihak yang sudi menawarkan saya kerja,” kata Intan kepada mStar Online.

 

'Sedap' juga jadi JANDA, Intan dilamar lagi..
Intan bersyukur ramai orang memberi sokongan dan semangat padanya.

Intan ketika dihubungi memberitahu buat masa sekarang dia hanya menerima satu tawaran model tudung sahaja terlebih dahulu.

Memandangkan Intan tidak tahu selok belok bidang peragaan, dia meminta pertolongan kakak sulungnya untuk menguruskan perkara tersebut.

“Buat masa ini, saya hanya terima satu tawaran terlebih dahulu iaitu model untuk tudung. Selebihnya masih dalam perbincangan.

“Saya minta tolong kakak untuk uruskan perkara itu sebab ini kali pertama saya dapat tawaran tersebut. Saya tak tahu sangat mengenai bidang peragaan,” ujarnya.

 

'Sedap' juga jadi JANDA, Intan dilamar lagi..Intan dan dua orang anaknya tinggal di rumah yang disediakan oleh Ude.

Menurut Intan lagi, jika ada rezeki dia akan meneruskan karier sebagai model muslimah namun selepas selesai urusan perceraiannya.

“Insya-Allah kalau ada rezeki saya akan teruskan karier itu. Tapi tengok pada keadaan dan apa-apa pun biar urusan perceraian itu selesai dahulu.

“Selepas semuanya selesai, barulah saya boleh fikir tentang pekerjaan tetap atau secara bebas,” kata Intan yang tidak mempunyai apa-apa pekerjaan.

Dalam pada itu, Intan bakal mengeluarkan produk gincu jenamanya iaitu Lawabybonda pada bulan ini.

'Sedap' juga jadi JANDA, Intan dilamar lagi..Izreen merahsiakan perkahwinannya atas permintaan suami.

Kata Intan, produk tersebut masih dalam proses dan hanya akan dijual menerusi dalam talian sahaja. “Saya akan keluarkan produk gincu jenama saya sendiri. Insya-Allah akan siap pada bulan ini juga.

“Produk itu masih dalam proses nak siap dan hanya akan dijual menerusi talian sahaja. Nanti akan dimaklumkan menerusi Instagram saya,” katanya.

Intan bakal diceraikan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30, pada 22 Mac depan.

Kehidupan Intan dan Ude menjadi sensasi apabila suaminya itu berhajat menceraikan dia pada  22 Mac depan.

Mereka berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak, Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri, 1.

Manakala Ude dan pelakon Izreen Azminda telah berkahwin secara rahsia pada 8 Ogos tahun lalu.

 

Wow! Lepas Jadi Model Tudung, Intan Jadi Pelakon Pula!
'Sedap' juga jadi JANDA, Intan dilamar lagi..

Gembira Miss K tengok perkembangan bekas madu kepada aktres Izreen Azminda, Intan Liana Saleh.

Dengarnya, makin murah rezeki Intan sekarang ni! Selepas jadi model tudung Aliff by Sha keluaran usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Intan melangkah ke satu fasa baru dalam hidupnya.

Miss K terdengar khabar Intan akan jadi pelakon pula! Ha, boleh ke Intan berlakon? Bagi Miss K, kalau belum cuba belum tahu kan kebolehan masing-masing?

Apa salahnya mencuba nasib, tak rugi apa-apa pun. Lagipun, peluang ada di depan mata.

Dengarnya, Intan sedang menjalani penggambaran untuk filem pendek terbitan Aliff yang berjudul Akur. Katanya Jumaat ni keluar di Facebook dan saluran YouTube milik Aliff.

Wah, lepas Aliff sambar Intan untuk promosi tudung, sekarang dah ajak Intan berlakon pulak ke? Pantas Aliff buat kerja!

Apa yang penting, Aliff tak ambil kesempatan kepada Intan, cuma nak berkongsi rezeki. Dengarnya filem pendek ni merupakan salah satu kempen promosi untuk tudung Aliff juga.

Tak salah jika Intan menjejakkan kaki dalam bidang hiburan kan? Asalkan tahu batas dan menetapkan niat untuk mencari rezeki demi keperluan anak-anak.

Haish, Miss K pulak tak sabar nak tengok lakonan Intan. Kalau berbakat, mana tahu boleh jadi heroin baru slot Megadrama ke? Siapa sangka siapa menduga, kan?

Miss K: Terus doa yang terbaik buat Intan dan Izreen serta Ude. Dari kita kutuk-kutuk, baik kita doakan sahaja!

 

Terbaru menerusi Instagram milinya, Intan baru sahaja dipilih oleh pengeluar pakaian jenama tempatan, Ashh & Annas. Dipetik dariUtusan Online, Intan dipilih sebagai wajah baharu untuk memperagakan koleksi terbaharu sempena Aidilfitri tidak lama lagi.

“Alhamdulillah, rezeki ini bukan untuk bonda semata-mata tetapi untuk anak-anak juga. Terima kasih kepada Annas Easkey yang menjelmakan peluang ini. Syukur sangat,” tulis Intan menerusi status yang dimuat naik di media sosialnya itu.

Menurut laporan itu, pihak Ashh & Annas, memberitahu pemilihan Intan disebabkan penampilan wanita itu yang manis dan lemah lembut.

BACA  Izreen Azminda Diherdik Punca Tarik Diri Dari Berlakon

Terdahulu, Intan Liana dan Ude bercerai pada 23 Mac di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dan mereka memiliki dua anak, Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri, 1.Mereka berkahwin pada 1 Mac 2013.

Walaupun pahit ditelan kerana baru diceraikan, namun inilah yang dikatakan hikmah di sebalik yang telah membuka peluang pekerjaan kepada wanita itu.

Sumber Utusan Online

Sumber -Hangat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *