Auto Draft

Ni Pakai Baju Ke X Ni..Kecoh Baju Erra Di Sebuah Majlis

[VIDEO] Baju Erra Fazira Ketika Sebuah Majlis Bikin Kecoh!

Auto Draft

Komen tentang video : (atau scroll ke bawah terus tonton video)

Nama sebenarnya fazira binti wan chek, di lahirkan pada february 1974, di rawang selangor dan juga dibesarkan disitu. Beliau merupakan, penyanyi, pelakon, pengacara serta model miss malaysian.

Pada awal kemunculannya, pada tahun 1992, beliau telah menyertai miss malaysian dan menang petandingan itu pada tahun 1994. Beliau telah mempunyai 7 buah album dan album pertamanya, bertajuk yang terindah hanya sementara dan di muke depan albumnya diletak nama erra, iaitu nama beliau sendiri. Pada tahun yang sama, telah melonjak naik namanya menerusi filem pecah panggung iaitu sembilu, arahan yusuf haslam, sejak daripada itu beliau telah diberi jolokan nama primadona filem melayu alaf baru sejak tahun 1994 sehingga sekarang.
Beliau telah berkahwin dengan yusri kru, hubungan retak dan berkahwin pula dengan engku imran dan punyai seorang anak bernama engku aleesya.

Hubungan juga retak akhirnya. Kini beliau kembali single.

Beliau banyak membintangi filem antaranya gerak khas de movie, janji diana, dan banyak lagi. Dan telah di anugerahkan pelakon wanita terbaik pada acara fastival filem malaysia ke17.
Begitulah sedikit sebanyak tentang biodata ringkas erra fazira. Walaupun sudah lama tidak muncul dalam tv, tetapi beliau tetap popular dan sentiasa menjadi perhatian media alaf baru ini, sama ada majalah ataupun media online. Semoga erra sentiasa bahagia. Sekian.

By admin kfrz media 2017-2019

Sila tonton video:

 

 

“Saya Ikhlas Jalin Persahabatan Dengan Laudya” – Erra Fazira

 

Auto Draft

Erra memberitahu dia ikhlas menjalinkan persahabatan dengan Laudya. Foto Instagram @errafazira

KEAKRABAN di antara pelakon Erra Fazira dan aktres Indonesia iaitu Laudya Cynthia Bella sering mendapat perhatian daripada peminat kedua-dua selebriti terkenal itu.

Erra atau Fazira Wan Chek, 44, berkata, dia ikhlas menjalinkan persahabatan dengan isteri kepada bekas suaminya, Engku Emran itu dan dia tidak mempunyai sebarang sebab memusuhi wanita itu.

“Saya seikhlasnya menjalinkan persahabatan Laudya malah saya tidak pernah rasa kekok apabila bersamanya.

“Dia bukan berasal dari Malaysia dan saya letakkan diri saya ditempatnya. Kalau saya tinggal di Indonesia pun saya juga harapkan orang terima saya dengan baik.

“Saya juga ikhlas menerimanya sebagai ibu kepada Alesya dan perlu menjaga silaturahim demi matlamat menjaga dan mendidik anak kami,” katanya.

 

Auto DraftAlesya bersama Laudya dan Erra.

Erra dan Engku Emran sebelum ini berkahwin pada 25 Oktober 2007 sebelum mereka bercerai pada 18 Februari 2014.

Mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Engku Alesya yang kini berusia 9 tahun.

Engku Emran kemudiannya berkahwin dengan Laudya dalam sebuah majlis tertutup di ibu negara pada 8 September tahun lalu.

Sementara itu, Erra juga menegaskan dia juga tidak mempunyai sebarang masalah dengan Engku Emran dan sentiasa mendoakan yang terbaik buat bekas suaminya itu.

Malah kata Erra, dia bersyukur Engku Emran dipertemukan dengan Laudya kerana wanita itu turut menerima anak mereka dengan baik.

“Saya tiada masalah dengannya malah kami berpisah secara baik.

 

Auto DraftErra dan Laudya bersama Engku Emran.

“Saya sering doakan dia bertemu dengan seseorang yang baik selain dapat menyayangi anak kami seadanya dan Alhamdulillah sekarang sudah ada,” jelasnya.

Dalam pada itu Erra mengumumkan dirinya baharu saja bernaung di bawah syarikat pengurusan artis, MindOrder Management bermula bulan ini.

“Selama 25 tahun menceburi bidang seni, ini adalah pertama kali saya bernaung bawah sebuah syarikat pengurusan.

“Saya teruja untuk menyertai mereka kerana beberapa perancangan besar yang disusun untuk kerjaya saya tahun ini. Malah, mereka juga membantu dalam penjenamaan dan produk saya,” katanya.

Selain Erra Fazira, syarikat berkenaan turut menguruskan beberapa artis lain antaranya Fasha Sandha, Nadzmi Adhwa, Nazrief Nazri, Elvina Mohamad dan Eyka Farhana.

 

Sumber

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/01/11/erra-laudya/#zu1hj3dtcrglZJ8O.99

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *