Alhamdulillah! Ada rezeki tambah lagi ek, baru meriah

Walaupun hampir sebulan kelahiran anak pasangan selebriti terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa namun kehadiran anak mereka iaitu Siti Aafiyah sentiasa menjadi perhatian netizen di laman media sosial.

Terbaru, penyanyi tersohor negara itu telah memuat naik sekeping gambar di laman Instagram miliknya berkongsi keistimewaan dan kaitan bulan Rejab pada dirinya.

“Alhamdulillah, Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Bulan Allah yang istimewa ini, bulan Rejab saya menyambut ulang tahun perkahwinan (ikut kalendar Islam) iaitu pada 27 Rejab bersamaan peristiwa Israk Mikraj & 1 Rejab kelahiran cahaya mata saya Siti Aafiyah.

“Semoga Allah SWT kurniakan keberkatan buat kita semua di bulan yang mulia ini. Selamat berhujung minggu.” Tulisnya menerusi kapsyen.

Rata-rata peminatnya juga tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan syukur dan tahniah serta semoga berbahagia bersama anak dan suaminya yang tersayang.

Alhamdulillah, semoga bahagia..

Alhamdulillah! Ada rezeki tambah lagi ek, baru meriah

Selamat ulang tahun!

Alhamdulillah! Ada rezeki tambah lagi ek, baru meriah

Semoga diberkati Allah

Alhamdulillah! Ada rezeki tambah lagi ek, baru meriah

Semoga Aafiya jadi anak solehah!

Alhamdulillah! Ada rezeki tambah lagi ek, baru meriah

Berseri-seri Tokti…

Alhamdulillah! Ada rezeki tambah lagi ek, baru meriah

Sumber : Siti Nurhaliza

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *