Kau Ingat Aku Perempuan MURAHAN ke,Nak Menggoda'

Kau Ingat Aku Perempuan MURAHAN ke,Nak ‘Menggoda’ melalui Aplikasi Instagram Dan Facebooknya-Respon Linda Rafar Memang Win

Mula-mula kutuk, lepas tu goda… Memang wajar Linda Rafar bengang!Linda berang diganggu remaja.

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Linda Rafar berang apabila seorang remaja lelaki yang sering memberi komen negatif di laman sosial cuba menggodanya menerusi mesej peribadi.

Linda atau Azlinda Rafar, 40, berkata, perkara itu dianggap biadap dan tidak menghormatinya sebagai wanita yang sudah berkahwin.

“Boikot budak ini, kutuk saya di Instagram dan Facebook lepas tu hantar mesej peribadi nak gatal-gatal.

“Jangan sampai aku lapor polis kau buat gangguan dalam hidup aku dan hantar mesej kotor!” tulisnya.

Kau Ingat Aku Perempuan MURAHAN ke,Nak Menggoda'Status yang dimuat naik Linda di Instagram.

Isteri kepada pelakon Syed Aiman ini turut memuat naik akaun individu terbabit yang menggunakan nama @faieezyahyaa88 di akaun miliknya.

Linda memberitahu tidak mengetahui apa niat sebenar individu itu berkelakuan sedemikian.

Sebelum itu, individu berkenaan menulis komen meminta orang ramai memboikot Lindaa Rafar berikutan berpakaian tidak mengikut kehendak Islam.

“Dia mental berani betul kutuk dan komen dalam IG suruh boikot Linda Rafar kerana tak ikut syariat Islam, dia mengaku budak AF (Akademi Fantasia) lepas tu nak mengatal,” tulisnya.

 

 

Linda Rafar Terima Kematian Anak Selepas 4 Tahun

 

Kau Ingat Aku Perempuan MURAHAN ke,Nak Menggoda'

Linda Rafar tampil dengan single terbaharu berjudul Satu Lagi yang didedikasikan kepada Allahyarham anaknya, Memen atau Rezaimin Keifli yang meninggal dunia pada 5 Julai 2014 akibat ketumbuhan kronik dalam perut. Foto Instagram @lindarafar

PELAKON dan penyanyi Linda Rafar mengambil masa selama empat tahun untuk mengumpul kekuatan bagi menghasilkan lagu berjudul Satu Lagi untuk Allahyarham anaknya iaitu Memen atau Rezaimin Keifli yang meninggal dunia pada 5 Julai 2014.

Linda atau Azlinda Rafar, 40, berkata, idea menghasilkan lagu itu sudah lama namun ia ditangguhkan kerana masih belum boleh menerima kematian anaknya itu akibat ketumbuhan kronik dalam perut.

“Saya mahu buat sesuatu sebagai mengingati anak saya dan sebab itu saya mahu menghasilkan sebuah lagu untuknya.

“Bagaimanapun saya langsung tiada kekuatan kerana masih belum boleh menerima hakikat sepenuhnya bahawa dia sudah tiada.

Kau Ingat Aku Perempuan MURAHAN ke,Nak Menggoda'Linda mengakui sukar baginya menerima hakikat anak kesayangannya sudah tiada.

“Selepas empat tahun barulah saya tergerak hati untuk merialisasikan impian itu dan Alhamdulillah akhirnya terhasilnya Satu Lagi,” katanya.

Lagu tersebut adalah ciptaan Edry Abdul Halim dan hasil kerjasama di antara syarikat milik Linda, Double Channel Sdn Bhd dengan KRU Music.

Dalam pada itu, Linda berkata, idea menghasilkan Satu Lagi bukan sahaja untuk memperingati Memen sebaliknya dia mahu lagu itu dapat didengari oleh sesiapa yang mengalami nasib sama sepertinya.

Kata Linda, mesej dalam lirik lagu tersebut adalah bersifat universal malah memilih untuk tampil dengan muzik ‘catchy’ agar boleh didengar semua golongan.

Kau Ingat Aku Perempuan MURAHAN ke,Nak Menggoda'Linda bersama anak-anaknya.

“Hasil perbincangan dengan Edry, kami sepakat untuk menjadikan lagu ini bersifat universal dan mesej yang boleh dirasai oleh sesiapa sahaja yang pernah mengalami kehilangan orang tersayang.

“Ia bukan sahaja mengenai kisah saya tetapi mesej di dalamnya boleh digunakan oleh semua yang mendengar,” ujarnya.

Sementara itu, Linda berkata, dia juga bakal melancarkan novel keduanya berjudul Menunggumu Di Pintu Syurga 2 selepas buku pertama tulisannya pada tahun lalu mendapat sambutan luar biasa dan terjual lebih 150,000 unit.

Tambah Linda, dia juga bercadang untuk mendermakan sebahagian hasil penjualan novel itu nanti bagi membantu golongan memerlukan terutamanya kanak-kanak yang mengalami penyakit kronik.

Kau Ingat Aku Perempuan MURAHAN ke,Nak Menggoda'Linda dan suami, Syed Aiman.

“Saya tampil dengan novel kedua ini selepas ramai bertanya kepada saya jika ada kesinambungan daripada novel terdahulu.

“Novel kedua ini sudah pun siap dan sedang dalam proses mencetak dan akan dilancarkan tidak lama lagi.

“Kali ini saya berkongsi tentang kehidupan arwah selain pengalaman saya mendapat tanda-tanda pemergiannya selain beberapa perkara lain yang tidak pernah saya ceritakan sebelum ini,” ujarnya.

Untuk rekod, Memen ialah anak hasil perkahwinan pertama Linda dengan bekas pelumba kereta, Keifli Othman.

 

Sumber

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/04/15/linda-rafar-berang/#KGoj2sLzRqdPMQ05.99

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *