Penipu! Pelari Full Marathon Kantoi Menipu. .Ni Taktik Penipuan Rupa Ini Bukan  Kali  ererta

Penipu! Pelari Full Marathon Kantoi Menipu. .Ni Taktik Penipuan Rupa Ini Bukan Kali pertama

 

Acara larian Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon 2018 (SCKLM18) berlangsung meriah hujung minggu lalu dengan puluhan ribu pelari berlari sekitar ibu kota Kuala Lumpur. Acara berkenaan menjadi marathon ditunggu-tunggu kerana prestij dan rekod 10 tahun penganjurannya diakui ramai.

Pengguna media sosial mendedahkan salah seorang pelari yang didakwa sanggup menggunakan taktik kotor semata-mata untuk menghabiskan acara marathon penuh berjarak 42 kilometer. Namun, tidak sekadar itu, seorang lagi netizen membuka cerita yang lebih sensasi mengenai individu berkenaan.

Dikesan kantoi menerusi apps larian

Penipu! Pelari Full Marathon Kantoi Menipu. .Ni Taktik Penipuan Rupa Ini Bukan Kali ererta

Penipu! Pelari Full Marathon Kantoi Menipu. .Ni Taktik Penipuan Rupa Ini Bukan Kali ererta

Menurut admin Facebook Runwitme / Celebrunner, hasil siasatan menerusi aplikasi larian Strava mendapati bukan setakat untuk SCKLM tahun ini, rupa-rupanya, pelari berkenaan turut menggunakan taktik sama menipu pada tahun lepas.

Turut disertakan dalam posting itu adalah screenshot rekod larian individu berkenaan.

Lari 1 minit perkilometer

Penipu! Pelari Full Marathon Kantoi Menipu. .Ni Taktik Penipuan Rupa Ini Bukan Kali ererta

Menurut page itu, bagi kilometer ke 31 kelajuan pelari berkenaan meningkat kepada 1 minit perkilometer. Dalam bahasa mudah, dia telah menghabiskan larian sekilometer hanya dalam seminit sahaja! Perkara itu nyata mengejutkan dan boleh menandingi pemegang rekod dunia.

Berkemungkinan, individu itu telah menggunakan kereta atau kenderaan awam untuk sekurang-kurangnya mendapatkan kelajuan sedemikian.

Penganjur perlu ambil langkah pencegahan

Penipu! Pelari Full Marathon Kantoi Menipu. .Ni Taktik Penipuan Rupa Ini Bukan Kali ererta

Untuk mengelakkan perkara sama berulang, admin page itu mencadangkan kepada penganjur untuk mengelakkan perkara itu terjadi. Pada tahun lepas, pelari dimaksudkan telah menyudahkan lariannya dalam masa 6 jam 11 minit iaitu masa yang agak tidak mencurigakan sehingga mendorongnya mencuba buat kali kedua tahun ini.

Sumber: Runwitme/ Celebrunner

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *