Terdiam Bila Dihentam Netizen Isu Tayang Dada,Jawapan Fasha Memang WIN memang Lelaki Diluar Sana Terdiam!!

Terdiam Bila Dihentam Netizen Isu Tayang Dada,Jawapan Fasha Memang WIN memang Lelaki Diluar Sana Terdiam!!

Fasha Sandha enggan melayan kata-kata negatif dilemparkan netizen terhadapnya. Foto @aqoimran

TINDAKAN Fasha Sandha memuat naik gambarnya di Instagram memakai pakaian tradisi masyarakat India iaitu lenga ketika menghadiri majlis berinai pelakon Elvina Mohamad baru-baru ini menyebabkan dia menjadi sasaran netizen.Ramai merasakan penampilan Fasha, 34, agak keterlaluan ekoran bahagian dada pakaian itu dilihat terdedah dan ia tidak sesuai dengan imejnya sebagai ibu kepada dua cahaya mata.

Malah rata-rata meminta pelakon drama rantaian Syurga Yang Kedua itu memadam foto berkenaan daripada Instagramnya.

Bagaimanapun tuan empunya badan merasakan tiada sebarang keperluan untuknya dia berbuat demikian malah tidak merasakan foto itu telah mengundang kontroversi.

“Saya tidak tahu pula ramai yang mengecam kerana tidak membaca ruangan komen. Tetapi saya tidak akan memadam gambar tersebut.

Terdiam Bila Dihentam Netizen Isu Tayang Dada,Jawapan Fasha Memang WIN memang Lelaki Diluar Sana Terdiam!!

Gambar yang menjadi pertikaian dalam kalangan netizen.

“Apa orang hendak cakap, cakaplah. Ia tidak memberi kesan kepada saya pun. Ruangan komen pun saya tidak tutup,” katanya.

Fasha ditemui pada majlis tayangan episod akhir drama rantaian Syurga Yang Kedua anjuran kelab peminatnya iaitu WeLoveFashaSandha Fan Club dan Elizad Team Fan Club yang diadakan pada petang Isnin.

Menjelaskan situasi sebenar, Fasha berkata, gambar tersebut kelihatan seksi mungkin disebabkan kedudukan kamera ketika jurugambar merakamkan gambar itu.

Sementara itu, Fasha berkata, dia terharu dengan sokongan dan usaha peminatnya yang gigih mengadakan majlis tayangan episod akhir Syurga Yang Kedua.

Terdiam Bila Dihentam Netizen Isu Tayang Dada,Jawapan Fasha Memang WIN memang Lelaki Diluar Sana Terdiam!!

Fasha bersama rakan pelakon dalam drama rantaian Syurga Yang Kedua. Foto @aqoimran

Kata Fasha, peminat adalah tulang belakangnya dan tindakan mereka sanggup meluangkan masa, wang dan tenaga bagi mengadakan majlis seumpama itu menyentuh hatinya.

“Apa yang membuatkan saya terharu, mereka menggunakan wang dan tenaga mereka untuk mengadakan majlis pada hari ini.

“Sepuluh tahun mereka setia bersama saya dan seronoknya rasanya apabila dapat peminat seperti mereka yang sering menghargai saya sebagai pelakon,” katanya.

Malah kata Fasha, gabungan di antara kelab peminatnya dan aktres Siti Elizad bagi menjayakan acara itu membuktikan peminat mampu bermuafakat dalam memeriahkan lagi sesuatu acara.

Selain menonton episod akhir Syurga Yang Kedua, peminat juga sempat mengadakan beberapa aktiviti bersama Fasha dan Elizad.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/03/20/fasha-nampak-dada/#J1SHFJv7GO4HQJLy.99

Artikel Sebelum Ini
“Tayang Lurah Nak Goda Suami Orang Ke”

Semalam Fasha Sandha antara tetamu yang hadir memeriahkan malam berinai pernikahan Elvina Mohamad yang bertemakan Bollywood. Tapi apa yang menjadi bualan ramai, baju yang dikenakan Fasha menampakkan lurah payu daranya.

Terdiam Bila Dihentam Netizen Isu Tayang Dada,Jawapan Fasha Memang WIN memang Lelaki Diluar Sana Terdiam!!

Ramai memuji kecantikan Fasha namun mereka menegur bahagian dada beliau yang sedikit terdedah. Dalam beberapa gambar yang dikongsi, mata netizen nampaknya lebih tertumpu kepada dada yang ditonjolkan.

Bagaimanapun menerusi komen yang ditinggalkan, ramai yang mencerca dengan kata-kata kesat dan kasar berbanding menasihati secara lembut. Sehingga mencetuskan perbahalan dikalangan peminat.

Lebih hebat lagi, ada di kalangan mereka menganggap aksi berahi Fasha itu untuk menggoda suami orang. Jauh sungguh pemikiran mereka ini, mungkin masih trauma dengan kejadian kebelakangan ini mengenai poligami.

Tidak salah untuk menegur kesilapan seseorang tapi biarlah kena dengan caranya. Tidak perlulah sampai memaki hamun dan melemparkan kata-kata kesat. Pun begitu Fasha tidak melatah dan membiarkan ruangan komen terbuka. (rtky/w)

Artika lain…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *