“Bukan Prinsip & Cara Saya Tikam Belakang Kawan,”- Rita Akui Simpati Pada Intan Tapi Tak Berniat Untuk Guris Hati Izreen..

Nama aktres Rita Rudaini sikit sebanyak turut terpalit dengan kontroversi rumahtangga rakan baiknya, Izreen Azminda yang memilih untuk menjadi isteri kedua kepada suaminya, Ude.

Sebelum ini juga, Rita turut dituduh cuba untuk mempertahankan rakan baiknya itu.

 

“Bukan Prinsip & Cara Saya Tikam Belakang Kawan,”- Rita Akui Simpati Pada Intan Tapi Tak Berniat Untuk Guris Hati Izreen..

Namun, beberapa hari yang lepas Rita mengejutkan ramai orang apabila dia memuat naik foto bersama madu Izreen iaitu Intan Liana Saleh sehingga menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan netizen.

Memetik laporan BH online, Rita menjelaskan yang dia tidak pernah berniat untuk mengguris hati sesiapa terutama sekali rakan baiknya apabila dilihat berbaik dengan Intan.

“Bukan Prinsip & Cara Saya Tikam Belakang Kawan,”- Rita Akui Simpati Pada Intan Tapi Tak Berniat Untuk Guris Hati Izreen..

Pertemuan tersebut sebenarnya atas permintaan Intan yang merupakan biras kepada Nazia Mustafar, rakan Rita. Ianya sebenarnya adalah untuk membincangkan mengenai hal berkaitan tuntutan yang harus dilakukan di Mahkamah Syariah sementelah aktres jelita ini sudah beberapa kali turun naik mahkamah syariah untuk kes yang sama.

“Intan minta Nazia aturkan pertemuan dengan saya. Dia mahu meminta tip dan pandangan terhadap tuntutan yang harus dilakukan di Mahkamah Syariah kerana dia tidak berpengalaman,” ujar Rita kepad BH Online.

“Bukan Prinsip & Cara Saya Tikam Belakang Kawan,”- Rita Akui Simpati Pada Intan Tapi Tak Berniat Untuk Guris Hati Izreen..

Tambah Rita lagi, dia tidak peduli dengan tuduhan netizen yang menganggapnya sebagai menikam belakang Izreen kerana dia sendiri sudah menjelaskan pendiriannya kepada rakan baiknya itu.

“Saya sudah menasihatkan Izreen, ambil hak orang, kena mengalah,” kata Rita yang sedikit kecewa dengan sikap Izreen yang tidak mengendahkan nasihatnya.

Apa pun, semoga segala kemelut yang melanda akan dapat diselesaikan dengan baik.

sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *