Tular Cikgu Buat ‘Vandalisme’ Conteng Dinding Sekolah!

Contengan yang menggunakan pen papan putih (whiteboard marker) di dinding Sekolah Kebangsaan Sri Pulai Perdana, Johor Bahru bukan kali pertama dibuat oleh Sarah Muhammad Fauzi, malah dia seakan tidak serik melakukan perbuatan vandalisme itu sekali lagi.

Guru bahasa Inggeris itu berkata, dia sengaja menyifatkan perbuatan tersebut sebagai satu bentuk vandalisme tetapi membawa maksud yang tersirat.

“Ia bukanlah vandalisme yang bertujuan merosakkan harta benda sekolah, tapi ia lebih kepada menjadi tempat untuk saya meluahkan perasaan. Itu cara saya tenangkan diri.

“Saya tahu murid-murid akan lalu-lalang di situ ketika saya asyik menconteng, jadi saya turut selitkan mesej dalam bahasa Inggeris untuk menarik minat mereka,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Rabu.

Tular Cikgu Buat ‘Vandalisme’ Conteng Dinding Sekolah!

 

 

Tular Cikgu Buat ‘Vandalisme’ Conteng Dinding Sekolah!

Sarah bergambar suami dan anak lelakinya di hadapan dinding sekolah yang dilukisnya.

Kata wanita berusia 30 tahun itu, dia menyasarkan untuk menyempurnakan ‘doodle’ di dinding tersebut dalam tempoh sebulan, namun terpaksa mengambil masa lebih lama memandangkan terdapat kekangan masa.

Lukisan ‘doodle’ sepanjang tiga meter itu diconteng secara spontan dan tidak mempunyai tema tertentu kerana ia dilakukan secara suka-suka.

Guru tersebut juga kerap menggunakan pendekatan unik ketika sesi pembelajaran untuk meningkatkan minat muridnya dalam subjek bahasa Inggeris.

Tular Cikgu Buat ‘Vandalisme’ Conteng Dinding Sekolah!

 

 

Tular Cikgu Buat ‘Vandalisme’ Conteng Dinding Sekolah!

Sarah menggunakan kekreatifan yang dimiliki untuk menarik minat muridnya.

“Saya ini jenis cepat bosan, jadi itu cara saya nak cipta sesuatu yang baharu untuk mereka.

“Saya tidak mengganggap ini sebagai bakat, tapi lebih kepada hobi,” jelas wanita yang berasal dari Pulau Pinang itu.

Tular Cikgu Buat ‘Vandalisme’ Conteng Dinding Sekolah!

 

Komen netizen.

Tambah Sarah, dia tidak menyangka posting yang dimuat naik pada petang Ahad itu akan tular dan setakat ini menerima 3,013 perkongsian dan lebih 11,000 tanda suka (like).

Seorang netizen, Liza Masrina Ibrahim berkata: “Cantiknya! Tahniah, tak semua cikgu sanggup memikul tanggungjawab tambahan daripada segala kerja-kerja yang sedia ada.

“Andalah salah seorang daripadanya,” tulisnya.

sumber: mstar
Minat Lukis Mural – Cikgu Awi Tinggalkan Legasi Di Dinding Banyak Sekolah
Beliau bukan pelukis profesional atau pun tukang cat sebaliknya seorang pendidik. Namun lukisan-lukisan mural beliau terpampang di banyak dinding sekolah-sekolah, dan terbaharu di Sekolah Sukan Negeri (SSN) Pahang.

Tular Cikgu Buat ‘Vandalisme’ Conteng Dinding Sekolah!

 

“Kerana minat”. Itulah jawapan ringkas dan tepat yang diberikan oleh Cikgu Haji Mohammad Zawawi Abu Bakar apabila diajukan soalan kenapa beliau terus berkarya melukis mural di hampir setiap dinding SSN Pahang sejak dua tahun yang lalu. Walaupun telah berkhidmat hampir 38 tahun dan akan bersara tidak sampai setahun lagi tetapi semangat beliau dalam menceriakan sekolah sememangnya tidak dapat disangkal tetap membara. Lebih menarik lagi, beliau sebenarnya adalah guru subjek Bahasa Inggeris.

“Opsyen saya sebenarnya adalah Bahasa Inggeris dan Pendidikan Seni. Namun saya sudah tidak ditugaskan mengajar subjek Pendidikan Seni sejak tahun 2002. Sehingga kini saya hanya mengajar subjek Bahasa Inggeris,” katanya.

Tular Cikgu Buat ‘Vandalisme’ Conteng Dinding Sekolah!

 

Sejak mula melangkah masuk ke SSN Pahang pada tahun 2015, beliau yang lebih mesra dengan pangilan Abang Awi dalam kalangan rakan sekerja telah menyiapkan hampir 30 lukisan mural.

Lukisan mural yang pelbagai saiz dan tema hasil karya beliau boleh dilihat di kebanyakan dinding bangunan dan stadium sekolah ini. Kreativiti Cikgu Awi ini telah mengubah dan menghidupkan keceriaan sekolah. Boleh dikatakan setiap mata yang memandang pasti akan memuji dan bertanya tentang pelukis mural tersebut.

Tanpa mengharapkan balasan dan pujian, Cikgu Mohammad Zawawi telah mengisi masa lapangnya di sebelah petang dan cuti sekolah untuk menyiapkan mural beliau. Usaha beliau itu mendapat restu dan sokongan daripada pengetua dan rakan-rakan sepejuangan. Namun begitu boleh dikatakan kebanyakan kerja-kerja melukis dan mengecat dilakukan oleh beliau seorang diri. Tanpa mengira penat, hujan dan panas satu persatu mural beliau siapkan.

Menurut beliau, sumber kewangan biasanya diperoleh daripada sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan orang perseorangan. Sekiranya tidak mencukupi adakalanya beliau terpaksa menggunakan wang poket sendiri.

“Namun semua itu tidak melunturkan semangat saya untuk terus berbakti melakar dan melukis mural. Selagi ada kekuatan dan kesempatan waktu selagi itulah saya akan terus berbakti,” katanya. Itu lah juga kata-kata semangat yang sentiasa membara di hati Cikgu Awi setiap kali ditanya bila beliau akan berhenti berkarya.

Tidak dapat dinafikan adakalanya hati kecil beliau pernah terguris apabila ada juga suara-suara nakal yang mempertikai usaha murni tersebut, cerita Cikgu Awi.

“Lebih menyakitkan hati ada segelintir pelajar yang bersikap seolah langsung tidak menghargai hasil seni saya. Sudahlah tidak mambantu malah ada yang sanggup dan sampai hati merosakkan mural yang dilukis,” keluhnya.

Tular Cikgu Buat ‘Vandalisme’ Conteng Dinding Sekolah!

 

Dinding Stadium Sekolah Sukan Negeri Pahang Tahun 2015
Kalau tidak mempunyai jiwa yang kental sudah lama beliau merajuk dan berhenti melukis. Namun begitu melukis mural sudah sebati dengan jiwa dan raganya. Merajuknya hanya seketika. Panas hatinya hanya sementara. Dalam usia yang semakin menghampiri garis persaaran dan kudrat yang semakin berkurang jika dibandingkan dengan zaman muda dahulu, beliau terus setia menghiasai dinding-dinding batu bisu dengan lukisan seribu cerita.

Namun kini usaha murni Cikgu Awi telah mula membuka mata banyak pihak. Bukan sekadar pujian yang diterima beliau, malah ada pihak luar yang mula mendapatkan khidmat beliau untuk melukis mural. Antaranya termasuklah Kem PERASA di Taiping Perak, SMK Seri Bera dan SMK Kerdau, kedua-duanya di Pahang. Beberapa mural hasil nukilan beliau telah tersergam indah menghiasi kem dan kedua-dua sekolah tersebut. Terdapat juga beberapa sekolah lagi yang sedang menunggu giliran untuk mendapatkan khidmat beliau.

Tular Cikgu Buat ‘Vandalisme’ Conteng Dinding Sekolah!

 

Mural di Institiut Aminuddin Baki Cawangan Utara Jitra Kedah Tahun 2004
Dalam erti kata lain, hasil seni mural Cikgu Awi telah mendapat sambutan baik mereka yang menghargai seni. Biarpun bayaran yang diterima tidak seberapa tetapi ia mampu menyemarakkan lagi semangat beliau untuk terus berkarya walaupun selepas bersara nanti.

Sorotan
Menyorot kisah silam beliau, anak kelahiran Selangor ini memang dilahirkan dengan bakat melukis dan minat yang mendalam dalam bidang seni. Beliau pernah diberikan tanggujawab dan kepercayaan mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni untuk calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) selama sepuluh tahun. Dalam tempoh tersebut beliau menumpukan kepada penghasilan kraf batik. Hasil didikan dan bimbingan Cikgu Awi, keputusan yang dicapai oleh anak-anak murid beliau sangat cemerlang.

Selain itu sejak mula berkhidmat sebagai pendidik 38 tahun lalu beliau telah mula melukis mural. Di mana sahaja beliau berkhidmat pasti ada mural yang beliau hasilkan dan tinggalkan di dinding bangunan sekolah berkenaan. Semasa beliau menjalani Kursus Kepengetuaan di Institut Aminudin Baki (IAB) Cawangan Utara di Jitra, Kedah pun beliau masih sempat menghasilkan dan menyiapkan satu mural yang sangat menarik.

Biarpun Cikgu Mohammad Zawawi akan meninggalkan dunia pendidikan tidak lama lagi namun hasil seni beliau akan terus hidup mewarnai dinding-dinding batu di tempat beliau pernah berkhidmat. Kalau lukisan itu bisa berbicara sudah tentu banyak cerita yang boleh dikongsikan untuk genarasi akan datang. Walaupun penulis baharu mengenali beliau lebih kurang tiga tahun, penulis beranggapan dan berkeyakinan persaraan Cikgu Awi nanti merupakan satu kehilangan besar kepada dunia pendidikan. Kehilangan yang sukar dicari ganti. Sikap dan semangat beliau harus dicontohi oleh para pendidik generasi baru.

sumber: pendidik.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *