“Piayawan, Piawawan, Piaawan!” – Kamal Adli Tersasul Sebut ‘Piawaian’ Ketika Hosting MeleTOP Hiburkan Hati Netizen

Bersiaran secara langsung malam tadi, Kamal Adli yang menggantikan Nabil sebagai pengacara jemputan di samping Neelofa mengundang rasa lucu apabila tersasul menyebut perkataan ‘piawaian’.

Kamal yang ketika itu sedang menemuramah Douglas Lim beberapa kali mengulangi perkataan sama namun masih sukar menyebutnya dengan jelas.

“Adakah selama lapan minggu ini semua peserta telah mencapai pia-ya-wan, pia-wa-wan, pia-a-wan, aspek yang you nak sebenarnya?” soal Kamal.

 

Lebih melucukan, Kamal dibantu oleh Neelofa yang turut berbelit lidah menyebut perkataan sama iaitu ‘pia-ya-wan’!

Potongan sedutan video itu tular di Twitter dan netizen menyifatkan situasi itu seolah-olah peribahasa ‘ketam mengajar anaknya berjalan lurus’.

“Bukan piayawan, piawaian lah,” tulis @Fatinamelynn.

“Aku pun perasan tadi. Nak betulkan tapi dia pun salah,” komen @dharniee_.

AJQ HRS@AjiqHaris

Definisi “ketam mengajar anaknya berjalan lurus”

9:34 PM – Mar 13, 2018

497

827 people are talking about this

Twitter Ads info and privacy

 

Kamal sebelum ini pernah menjuarai rancangan Super Spontan Superstar 2017 pertama kali menggantikan Nabil mengacarakan MeleTOP.

Manakala, Douglas yang diundang ke rancangan itu malam tadi merupakan juri tetap rancangan Gegar Lawak yang bakal melabuhkan tirainya pada hari Jumaat ini.

Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Twitter

Sumber – Astrogempak

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *