Linda Rafar Kembali Ke Pangkuan Edry Abdul Halim

KUALA LUMPUR 12 Mac – Bekas anggota kumpulan Elite iaitu Linda Rafar, 40, mengambil masa selama empat tahun untuk menerima suratan takdir hidupnya selepas kehilangan anak sulung, Rezaimen Keiflin Keifli pada 2014.

Linda atau nama sebenarnya Azlinda Rafar memberitahu, dia telah mengeluarkan sebuah single berjudul Satu Lagi demi memperingati pemergian anaknya yang meninggal dunia akibat ketumbuhan barah dalam perut.

Linda Rafar Kembali Ke Pangkuan Edry Abdul Halim

“Lagu ini telah lama dihasilkan tetapi saya masih belum cukup kuat untuk menerima hakikat bahawa Memen (panggilan untuk Rezaimen) telah tiada.

“Diakui, sukar untuk saya ‘move-on’. Bagaimanapun, dengan semangat yang diberikan suami, saya gigihkan juga untuk merakamkan lagu ini sebagai simbolik pemergiannya,” katanya kepada Utusan Online.

Linda Rafar Kembali Ke Pangkuan Edry Abdul Halim

Menurut Linda, selain ingin memperingati kehilangan anak kedua hasil perkahwinan pertamanya pada 1999 dengan pelumba kereta Keifli Othman itu, dia juga mahu mendedikasikan lagu tersebut kepada semua kaum ibu yang senasib dengannya.

Tambah Linda, Satu Lagi akan dilancarkan serentak di platform digital pada 28 Mac ini dan merupakan karya ciptaan sepenuhnya Edry Abd. Halim dengan kerjasama KRU Studios sebagai pengedar.

Linda Rafar Kembali Ke Pangkuan Edry Abdul Halim

“Pada masa yang sama, saya juga dalam proses menerbitkan novel kedua Menunggumu Di Pintu Syurga.

“Saya harap, lagu dan novel ini dapat menjadi inspirasi serta kekuatan kepada semua penghidap kanser dan ahli keluarga mereka,” katanya.

Linda Rafar Kembali Ke Pangkuan Edry Abdul Halim

Dalam perkembangan lain, Linda bakal menjalani penggambaran di Maghribi serta Jepun kerana terbabit mengacarakan dua buah program televisyen terbitan TV Alhijrah dan juga Astro.

“Alhamdulillah, rezeki tahun ini agak memberangsangkan. Terbaharu, saya dilantik sebagai duta produk Umairah Uzma dan berharap permulaan yang baik untuk kembali aktif dalam bidang seni,” ujarnya. – SL

VIDEO :

Sumber : UtusanOnline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *