Auto Draft

“Masa Susah Cari, Masa Diperlukan Hilang, Bagus! Tahniah Diucapkan..”- Datin Almy Nadia Kecewa Tiada Siapa Bantu Suaminya, Datuk Fizz Fairuz

 

 

Disangkakan boleh mengharapkan kawan ketika susah, namun sangkaan itu meleset apabila ketika pelakon, Fizz Fairuz mempunyai masalah kerosakan kereta tiada siapa pun yang membantunya.

Hal ini diketahui menerusi posting Almy Nadia yang berbunyi sinis berkenaan kejadian yang menimpa suaminya yang ingin mencari rezeki tiba-tiba keretanya rosak.

Auto Draft

Menurut Almy Nadia, memang tiada siapa rakan-rakan yang membantu suaminya. Menurut Almy, suaminya Fizz Fairuz sengaja memuat naik gmabar kereta yang rosak dan menyatakan kesulitannya dan ternyata sepi sahaja.

Tambah Almy, suaminya Fizz tidak suka untuk meminta bantuan atau call sesiapa jadi dia menggunakan alternatif Instagram dan Facebook dengan harapan rakan-rakannya melihat dan memberikan pertolongan.

Auto Draft

Menerusi insiden itu, Almy Nadia dan Fizz Fairuz sedar bahawa rakan-rakan mereka tidak membantu apabila mereka di dalam kesulitan.

Posting Almy Nadia..

Namun, Almy Nadia memohon maaf terdahulu sebelum memuat naik status ini kerana dia mengakui status yang dibuat kerana geram dan beremosi.

Posting yang dimuat naik oleh Fizz Fairuz..

Menerusi kapsyen ini, nampaknya seperti Fizz tidak memerlukan bantuan sesiapa ataupun hal itu sudah diselesaikan. Aduhai, min pasti kalau ayat itu kena pada situasi mesti ramai yang tolong kan?

Auto Draft

Tetapi kalau yang betul-betul sahabat sejati mesti akan tolong walaupun ayatnya nampak macam tidak memerlukan pertolongan atau diselesaikan.

Apa-apa pun Fizz dan Almy jangan cepat merasa putus asa dengan kawan-kawan ye, mana tahu suatu hari nanti mereka tolong hal lain pula?

Sumber: Mstar Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *