Auto Draft

“Dalam Rumah Akak Berhias Tau!” – Isteri Kedua Rahim Sepahtu Kongsi Tips Rumahtangga Sempena Anniversary Buat Ramai Tergamam!!

Auto Draft

Isteri kedua pelawak Rahim Sepahtu, Lily, berkongsi ucapan dan tips rumah tangga sempena meraikan ulang tahun ketiga perkahwinan mereka semalam.

Tulis Lily menerusi akaun Instagramnya, dia yang kini sudah berhijab sepenuhnya mengakui masih ‘berhias’ untuk tatapan suami.

“Walaupun sekarang Akak sudah berhijab sepenuhnya apabila keluar, dalam rumah Akak berhias tau!

“Ingat tak bagaimana seksi Akak dulu? Koleksi baju-baju seksi meletup Akak tu… Sekarang hanya pakai untuk tatapan suami tercinta seorang, siap rambut kepuk-kepuk tau,” tulis Lily.

Selain itu, kata Lily suaminya akan menegur sekiranya berat badannya mula bertambah dan jarang bersenam.

“Abang Rahim bising dan tegur kalau Akak makan banyak, pipi naik tembam, badan mula berisi, tak bersenam dan malas pergi gimnasium.

“Jadi, Akak memang jaga makan, diet untuk dia 100 peratus. Tak suka dia tegur-tegur jadi buat sahaja ikut apa yang dia suka. Itulah motivasi dan fokos Akak.

“Nia kita kena betul untuk buat apa pun, baru dapat hasil yang tepat! Cantik untuk suami itu besar pahalanya,” tambah Lily lagi.

Lily merupakan isteri kedua Rahim yang berasal dari Simpang Renggam, Johor.

Perkahwinan Rahim dan Lily pada mulanya dirahsiakan selama setahun namun mulai dibongkar netizen pada hujung tahun 2016.

Menerusi perkongsian hidup dengan isteri pertamanya, Norazlin Abdullah, Rahim dikurniakan empat cahaya mata.

Foto: IG @lilykhay

Kredit: viralgempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *