Jangan nak libatkan Keluar

Jangan nak libatkan Keluarga Saya! Selepas diasak dengan pelbagai cemuhan Adira dengan berani tampil menjawab isunya yang memang GEMPAK..

Jangan nak libatkan Keluar

Penyanyi Adira memberitahu lebih selesa mengambil tindakan untuk tidak membalas sebarang komen negatif yang dilemparkan terhadap dirinya kerana sudah lali dengan kecaman.Kata Adira, dia sanggup bertahan dengan kutukan yang diberikan selagi perkara itu tidak melibatkan keluarganya.

“Saya dah biasa dikecam dan untuk membalas kembali komen-komen negatif, itu bukan cara saya.

“Langkah berdiam diri bukan bermaksud saya tidak mengambil tahu tetapi saya rasa itulah yang terbaik.

“Apa saya boleh buat? Kalau layan memang sakit hati. Bagi saya selagi perkara itu tidak menjejaskan keluarga, saya okay saja,” katanya.

Adira ditemui pada majlis pelancaran muzik video artis dibawah label Rocketfuels di Red Box Pavilion, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, Adira juga diminta mengulas mengenai kritikan yang diberikan apabila tampil menjadi muka hadapan sebuah majalah popular bersama aktres Izreen Azminda hanya kerana memegang status isteri kedua.

“Saya tidak mahu komen kerana bukan saya yang minta tajuk sebegitu. Saya faham isu yang melibatkan poligami memang perkara sensitif dikalangan masyarakat.

“Secara peribadi saya tiada masalah dengan pemilihan tajuk berkenaan dan mungkin itu merupakan sebahagian daripada strategi teknik pemasaran untuk melariskan penjualan majalah.

“Tak mengapalah, perkara dah berlalu. Bukan saya minta dikecam, lama-kelamaan mereka akan diam.

“Saya pernah lalui situasi yang sama sebelum ini dan saya harap Izreen tabah.” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Adira muncul dengan single terbaharu berjudul Sembunyi.

Terdahulu, Adira dan Izreen teruk dihentam netizen selepas menjadi muka hadapan untuk sebuah majalah dengan tajuk ‘Naluri Isteri Nombor 2’.

Teks oleh: Mya Amri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *